Jumaat, 6 Julai 2012

Bersih 3.o # :) :( -Ragamnyer.

Terkini rusuhan Bersih 3.0 2012
Perhimpunan yang optimis menuntut pilihan raya adil dan bersih di Malaysia dari awalnya bermula aman sejak pukul 8 pagi hingga 1 tengahari bertukar menjadi kekecohan apabila penyokong Bersih melakukan provakasi dan tidak mahu bersurai selepas diarahkan oleh pihak berkuasa
Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata terhadap kumpulan penyokong Bersih 3.0 yang enggan mengikut arahan supaya bersurai di Dataran Merdeka
rusuhan 3 0 terkini rusuhan bersih 3.0 2012
Sebelum itu, kumpulan penyokong perhimpunan itu bertindak ganas dengan memecahkan kawat besi yang dipasang di luar Dataran Merdeka pada pukul 2.20 petang

Seperti yang dijadualkan,perhimpunan Bersih yang bertemakan duduk bantah di lokasi tersebut bermula jam 2 petang hingga 4 petang

Kronologi keadaan Perhimpunan Bersih 3.0 sebelah petang

3.00 petang: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah penyokong selepas mereka merusuh halangan yang dipasang polis di hadapan Dataran Merdeka
J5AFk terkini rusuhan bersih 3.0 2012
3.05 petang: Perarakan tiba di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mereka diminta supaya berhenti di hadapan Sogo kerana mendapat maklumat semburan gas dilepaskan di Dataran Merdeka
0GX6i terkini rusuhan bersih 3.0 2012
3.42 petang: Penyokong Bersih mula berlari meninggalkan kawasan berhampiran Dataran Merdeka
3.43 petang: Lagi tembakan gas pemedih mata di jalan berhampiran LRT Masjid Jamek
3.47 petang: Penyokong yang ditahan dibawa ke Kelab Diraja Selangor untuk tindakan selanjutnya
3.50 petang: Kawasan sekitar antara Jalan Pasar dan Jalan Tun Perak semakin lengang. Para penyokong bersurai.
Sebahagian mereka yang terkena gas kanister cuba menyelamatkan diri
3.55 petang: FRU dan anggota polis masih mengawal keadaan dan mengenakan sekatan jalan di kawasan sekitar Jalan Pasar berhampiran Pasar Seni
4.15 petang: Segelintir penyokong Bersih 3.0 yang cuba menyelamatkan diri daripada tembakan gas pemedih mata berlindung di kawasan bersebelahan Pejabat Pos Besar
4.20 petang: FRu melepaskan gas pemedih mata beberapa kali di Jalan tun Perak berhampiran dengan Stesen LRT Masjid Jamek
4.30 petang: Sebahagian penyokong Bersih 3.0 di Jalan Tun Perak berlindung di tepi Sungai Klang dan bahagian belakang Masjid Jamek
4.35 petang: Twitter PDRM: Pistol milik seorang anggota polis dilarikan oleh penyokong. Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati
4.40 petang: Lebih 50 penyokong Bersih termasuk beberapa wanita ditahan oleh anggota polis untuk pemeriksaan di Jalan Raja berhampiran Dataran Merdeka.
Kereta polis diterbalikkan berhampiran Sogo, kata Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh
4.58 petang: FRU menuju ke Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut dan memberi amaran kepada penyokong supaya jangan mara
ekRWr terkini rusuhan bersih 3.0 2012
5 petang Sekumpulan FRU masih lagi menjaga laluan di Jalan Raja berhampiran Dataran Merdeka bagi menghalang penyokong Bersih 3.0 yang cuba untuk memasuki kawasan itu
Tja9b terkini rusuhan bersih 3.0 2012

5.10 petang: Kira-kira 10 trak polis yang masing-masing membawa pasukan FRU di sepanjang Jalan Tun Perak di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek mula beransur dan menuju ke arah Dataran Merdeka.
Bagaimanapun, masih terdapat pasukan FRU dan anggota polis yang menjaga keadaan di kawasan sekitar
5.15 petang: Sebahagian penyokong Bersih 3.0 masih berkumpul di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek meskipun anggota polis meminta mereka bersurai
5.25 petang: Penyokong Bersih 3.0 di kawasan Stesen LRT Masjid Jamek kembali berhimpun dan berarak ke arah Dataran Merdeka sambil melaungkan “Reformasi” dan “Dataran”
5.30 petang Penyokong Bersih 3.0 berhimpun di tengah-tengah persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak untuk memasuki Dataran Merdeka.
Cubaan mereka dihalang oleh pasukan FRU dan anggota polis
5.35 petang: Penyokong Bersih 3.0 melarikan diri ke Jalan Tun Perak menghala Stesen LRT Masjid Jamek.
Beberapa penyokong ditahan oleh anggota polis untuk pemeriksaan.Bilangan anggota polis semakin bertambah, mengawal keadaan
jBziY terkini rusuhan bersih 3.0 2012
5.40 petang :Lima trak polis memasuki Jalan TAR dan bersedia untuk mengawal keselamatan ekoran penyokong Bersih 3.0 masih berada di jalan itu dalam cubaan untuk memasuki Dataran Merdeka
5.42 petang: pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga ketika sidang media melahirkan rasa kecewa terhadap kejadian tindakan beberapa pnyokong brsih yg melanggari perintah mahkamah agar tidak memasuki dataran merdeka. Katanya beliau tidak menyokong tindakan berkenaan dan meminta polis menyisat kejadian yang memaksa polis mengambil tindakan menembak gas pemedih mata
5.45 petang: Keadaan begitu tegang di sepanjang Jalan Tun Perak di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek apabila penyokong Bersih 3.0 tidak puas hati dengan tindakan polis yang menghalang mereka
6 petang: Penyokong Bersih 3.0 masih berdegil enggan bersurai dan berhimpun beramai-ramai di Jalan Tun Perak
6.05 petang: Jalan TAR dibuka semula untuk laluan kenderaan ke Jalan Kuching dan Jalan Parlimen.
Bagaimanapun jalan menuju ke Dataran Merdeka masih ditutup dan dikawal oleh anggota polis

6.25 petang: Pasukan FRU beramai-ramai menuju ke Jalan Tun Perak bagi meleraikan perhimpunan penyokong Bersih 3.0 yang masih berdegil enggan bersurai di Stesen LRT Masjid Jamek
In3uh terkini rusuhan bersih 3.0 2012
Protes! - protes mereka terhadap pihak polis yang tidak membenarkan mereka memasuki Dataran Merdeka
7.10 petang: Polis menahan beberapa penyokong Bersih 3.0 di kawasan sekitar Stesen LRT Masjid Jamek dan sepanjang Jalan Tun Perak ekoran kedegilan mereka yang masih mahu berhimpun dan enggan bersurai

7.20 petang: Laluan trafik di sepanjang Jalan Tun Perak bertambah lancar.Penyokong Bersih 3.0 semakin berkurangan dan mula bersurai.Situasi dijangka kembali pulih


Tiada ulasan:

Catat Ulasan